Pembantu rumah indonesia dera bayi berusia 4 bulan
hi all!!! assalammualaikum to all muslim too~~
hihi....dah lamo gak yo eden tak update blog [sejak dua menjak yang lepas rajin jew =.='] hihi..biasa lew!! buzy yop!!! hohoho...ok2!! hari ni, aku nak sharing ngn korang sal pembantu rumah ni =_= heran betul!! apa masalah pembantu rumah indon ni hah!! [kau takde pembantu rumah indon senyap kk FILZAH!] hah, korang tengok tak berita kat tv tu??!! MASHAALLAH!! tak!! weyh!! sekarang ni, berita terHANGAT ialah 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA DERA BAYI BERUSIA 4 BULAN'
apa??!! korang tak caya!! eh2!! kalautak caya, baca ni hah!!
KUANTAN – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.
Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.
Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'.
Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.
“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.
Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.
“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.
Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.
Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.
Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.
Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.
see, what did i told you! hahaha...kesian kowt kat baby tu!! :'( huhu..udah lew comel, kena dera =.= what the hack rr!! nasib baik kecederaan di lengan ngn di kaki kanan dia jew!! tu kalau cacat kau nak tanggung -_-
aku bukannya nak cakap apa sangat pun! just, haish -_- salah mak bapa budak tu jugak...dah tahu minah2 indon yg jadi pembantu rumah ni ada kes...apsal tak bawak je baby tu..or makan je la kat umah ye dok >:( hmph apa daa!!~~
aku bukannya nak cakap apa sangat pun! just, haish -_- salah mak bapa budak tu jugak...dah tahu minah2 indon yg jadi pembantu rumah ni ada kes...apsal tak bawak je baby tu..or makan je la kat umah ye dok >:( hmph apa daa!!~~
oh!! mesti korang tertanya2, dari mana aku dapat info kan?? ha, aku dapat dari Sinar Harian...actually aku tahu dari tv, pastu terus seacrh Mr. Google tu hah...^^ jap2..belum habis lagi!! sabar la =_= jom tengok gambar baby tu dengan pesalah tu!!
hah!! ni ha pesalah tu!! YULIANA amende tah! =_= for real muka memang jahat XD
ni pulak Mohamed Hareez Mohd Zamri [yg sedang tidur kowt XD] yang dikucup ibunya Nina Suraya
so, that is the info for now!!! buh-bye!!!!~~
~sekian~
Comments