S A K I T


Assalammualaikum and Hi (again) guyss~

Jadi, harini aku nak datang lagi nak meluahkan perasaan dekat blog aku yang usang ni. Hm, since aku ada lagi 3hari untuk tamatkan tempoh internship aku, perasaan malas nak pergi kerja tu semakin tipis, tapi perasaan malas nak buat kerja tu yang macam menebal.. hahahahaha..

Anyway, aku demam (duhh~ macamlah orang kisah kan??). Patutnya memang malas nak update blog harini, tapi tiba2 ter"throwback"   ((U____U))

Aku ter"throwback" time aku first demam dekat FIM dulu.. Hahaha! Macam kelakar pun ada.. Yela, tak kelakar apanya, baru masuk FIM, nak start belajar semua, seminggu lepas jauh dari mak ayah terus demam.. kau ghase?? hahaha XD

Dah la jauh merantaukan. Dari kedah sampai selangor. Kira acah2 independent la, tapi tak sedar yang sebab dah lama sangat tinggal dengan mak ayah, sampai manja naik lemak tiga lapis. Well, tak boleh nak salahkan sesiapa jugak sebab aku ni anak tunggal. So manja dia terlajak laa bila jauh2 dari mak ayah. tapi alhamdulillah laa, aku demam time jumaat malam dan besoknya tu sabtu. Sabtu ahadkan hari cuti dekat selangor, so selamat. Isnin pegi kelas pun 70% dah sihat.

Bila ingat balik, makin rindu dekat diorang. Dayah belikan coolfever dekat aku time tu. Tempek ni hah dekat kepala selagi tak hilang panas badan XD Pembazir gila diorang.
Pastu Hana dengan Ecah kowt, pegi cari coolfever sebelum suruh dayah yang belikan. Tapi usaha diorang sia2 rasanya. Kahkahkah. Mira dengan Minah yang dekat rumah risau gila bila tengok muka aku yang pucat dengan merahnya. Siap nak ajak pergi klinik memalam tu jugak. Disebabkan aku tido katil bahagian atas (katil double decker, pastu dayah tido bawah..tapi, alhamdulillah takpernah reban lagilah katil tu sepanjang aku guna) , Minah dengan Mira takdapatlah panjat naik! Hahaha... asyik ulang alik masuk bilik rasa suhu badan aku. Call dayah tanya pasal coolfever. Satu rumah gelabah gila weyh.. Hahaha, gilalah tak gelabahkan, dah la baru kenal seminggu pastu tetiba demam panas gila malam tu dengan muka merah macam lobster (ecah cakap muka aku semerah lobster yg dah kena panggang =____________= )

Besok tu alhamdulillah laa, suhu pun dah turun. Maka selama dua hari aku ada tukang masak peribadi dengan nurse2 tak berbayar. Hahaha, sentiasa ingatkan untuk makan ubat, tengok aku makan ubat, paksa aku telan ubat, bagi pantang larang =_= sumpah rimas.. yela sebab dalam rumah tu ada 9 orang termasuk aku. 3 orang tu memang taknak masuk campur sebab bilik belakang kecuali hana. Hana dengan wani bilik aku yang macam tertukar. Hana yang risau macam mak2 risaukan anak kena demam malaria, wani tu asyik kisah dengan hidup dia je. So, yang lagi 5 orang ni la macam diktator kejam yang gilakan kuasa untuk membuli budak2 lemah lagi insan tak berdaya. Hahahaha, tapi aku tahu, diorang buat macam tu sebab diorang kisah. Diorang risau. Sedih sebenarnya sekarang. Dah la jauh dari diorang kan. Even kitorang baru kenal 2 tahun, tapi kitorang dah lalui macam2. So, the feelings is a bit deeper laa towards them. Aku suka tengok diorang bahagia, happy semua, cuma sedih jugak kadang2 bila fikir masa yang aku takda dengan diorang tu. Rugi gila. Hahaha, tapi nak buat macam mana. Semua salah aku jugak. Yelah, nak salahkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri kan?

Haih, macam2 dugaanlah time2 macam ni. Dah nak habislah baru nak demam. Time nak habis jugaklah accident. Nasiblah tak accident macam haritu. Sakit pun ciput je. Hmm, takpalah filzah. Ujian je semua ni. Lagipun tak boleh salahkan orang lain. Kena salahkan diri sendiri jugak.

Adalah orang cakap yang aku ni jenis suka simpan sorang2 dan tak suka kongsikan masalah aku. Pastu orang assumed yang aku ni jenis ramai kawan, so boleh la aku ceritakan masalah aku dekat orang lain. Nak buat macam mana kan? Dah memang dari dulu aku macam ni. Nak ubah pun tak reti, sebab aku dah terbiasa.
Dulu pun, time aku ada masalah semua aku pendam. Takda sorang pun tahu sampailah nana kowt cakap dekat aku...

"fil, aku tengokkan hang ni macam tak pernah ada masalah. Best gila jadi macam hang. Dah la anak tunggal kan? mesti semua dapat? Untung gila jadi hang."

Haha. 

Aku senyum je tengok nana time tu. Sayangnya dia taktau apa aku selalu rasa. Apa aku selalu fikir? Apa aku tengok dan yang aku cemburukan. Apa yang aku nangiskan.

Luaran boleh la nampak macam tu. Tapi korang takkan pernah nak rasa apa yang aku rasa selama kenal orang2 sekeliling. 

Setengah orang, dia tak faham apa tu privasi. Semua nak benda nak tahu. Semua benda nak mintak kita luah. Aku pulak adalah orang yang selalu dengar masalah orang. Jadi aku tahu apa perasaan seseorang tu bila nak luahkan something. Orang bila ada masalah yang betul2 beratlah baru dia nak luahkan. Dia nak cari seseorang yang mungkin faham masalah dia dan luahkan semua benda yang dia bukukan dalam hati. Tahu sebab apa? sebab time tu dia di tahap jiwa dia yang paling lemah. Dah takdapat nak pendam sensorang. Jadi dia perlukan seseorang untuk dengar cerita dia. Fahami apa dia rasa. Dan tenangkan jiwa dia yang sedang lara dengan bagi kata2 semangat.

Masalah aku pulak terbalik. Hahaha. Kira macam tabiat buruk jugaklah kowt. Ecah pernah cakap, "mok, walaupun kau selalu dengar cerita orang. Nasihatkan orang. Sentiasa ada untuk orang lain, tapi kau pun perlukan nasihat. Kau pun perlukan seseorang untuk luah."

Aku tak reti nak luah secara direct. Serious tak reti. Even dengan ayah aku pun, aku tetap tak reti nak luah apa2. Mak aku apatah lagi. Benda yang aku selalu bagitau orang ialah benda2 yang tak penting. Maksudnya bukan benda serious laa. Aku tak reti nak luahkan benda2 serious dengan seseorang. Bukan aku taknak. Cuma aku tak boleh. Benda tu tetap taknak keluar walaupun aku nak sangat bagitau orang. Mungkin aku dah biasa pendam dari kecik benda tu. So terbawak2.

Hahahaha. Ajet kuat je hati tisu ni.

Dari aku kecik, aku dah biasa pendam sorang2 sebab aku rasa takda siapa peduli. Sebab selalunya macam tu la respon yang aku dapat. Hahahahahahahaha.. rasanya mindset aku masih lagi sama macam dulu.

BE THAT HAPPY GIRL ON THE OUTSIDE SO PEOPLE DON'T  HAVE TO QUESTION YOUR TEARS, GIRL.

FACE IT ALL WITH A SMILE BECAUSE YOU KNOW ALLAH MADE YOUR HEART STRONG AND STRONGER DAY BY DAY.

START BEING INDEPENDENT AND STAND BY YOUR OWN FOOT BECAUSE PEOPLE WILL COME AND GO. STOP DEPENDING ON THEM BECAUSE THEY DON'T CARE LIKE YOU DO.



Hm. Apapun semuanya terjadi ada hikmah. Allah meesti rindukan doa2 aku. Allah sayangkan aku kan? Sebab tu dia buat semua ni terjadi. Supaya aku ingat dia dan sentiasa mendekati dia. Menangis pada dia. Hmm. Aku rindu aku yang dulu. Miss you dear old self. And i'm just a fragile human being.
So, that's all for now. Need to rest. Kaki sakit oii. Btw, salam maulidur rasul kepada semua umat islam. Sannah helwah kepada Nabi kita. T^T Hahaha, see you guys in the next entry.

Comments

Popular posts from this blog

Hati TISU

Tukar tempat praktikal?

February, 2019