KEMURUNGAN? aku?
assalammualaikum w.b.t & hi semua :D
lama benor aku tak update entri baru kan? hm, dah berdebu aku tengok blog ni. hahaha, btw thanks to all yang visit blog aku yang biasa2 je ni. At least takdelah empty sangat kan? ^^
fyi, today is a special entry (siap official gambar aku lagi yang tu taw! ^_~)
So, sekarang dah berganjak ke bulan Februari. wow, cepatkan masa berlalu? lagi sebulan je sebelum result spm keluar TT^TT this is like crazy oiii!! huhu, penentuan masa depan aku hanya tinggal lagi 29 hari!!!! tidakkah ini semua terlalu cepat dan mendebarkan?!! OMG!! masalah pun tak selesai lagi. hm -_- btw, mari kita tinggalkan omongan kosong ini dan berganjak ke tajuk sebenar entri harini.
well, tajuk harini [seperti yang tertera] tersangatlah merunsingkan dan menjadi satu tanda tanya kan? mesti y'all semua yang tengah baca ni kehairanan right? hm, actually aku pun tak tahu kenapa dan mengapa tapi aku sebenarnya agak berminat berkenaan dengan psikologi seorang manusia ni.. [hoho, nk jadi psikiatri inshaallah susah dengan result aku yg macam . . . .hmph]
btw, apa yang aku maksudkan dengan kemurungan? plus, aku? adakah aku yang kemurungan itu? hm2, aku pun tak pasti nak bagi jawapan bagaimana dekat korang.. tapi yang pasti, aku rasa mungkinlah.. mungkinlah aku ni ada kemurungan.. [wait??? what??!!!] yeah.. that's right... hehe ^^ i may have been having some problems.. and aku rasalah aku mungkin ada kemurungan.. well, aku tulis dekat situ, AKU MUNGKIN.. jadi janganlah ada yang buat spekulasi sendiri dekat sini eh.. aku dah bold kan mungkin tu so aku harap korang fahamlah.So! macam mana aku boleh menyatakan bahawa aku ni berkemungkinan menghidapi kemurungan? hm2, meh kita terangkan dulu apa itu "KEMURUNGAN".. ^_^
Kemurungan iaitu depression adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada seseorang individu itu. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat..
so, itulah yang dimaksudkan kemurungan? well, takyah terangkan panjang lebar pun korang dah faham right? tapi, aku nak korang lebih jelas je.. so, mari kita teruskan.. apakah punca seseorang itu boleh menghidapi kemurungan? well, banyak.. maka, tengoklah list dekat bawah ni eh.. ^^
- kehilangan orang yg penting dalam hidup [cth: org tersyg/tercinta/dikasihi]
- kehilangan maruah diri tanpa kerelaan
- Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri
- Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan [ini aku ada XD]
- Bagi sebilangan wanita, kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan, individu ini lebih terdedah kepada kemurungan.
hm.. itu baru punca :3 belum masuk tanda2..hm, utk tanda2 orang yang berkemungkinan ni, bila aku baca, adalah dalam 5 tanda daripada 12 tanda yang tertera dekat situ..so, tanda2 orang yang mungkin ada kemurungan adalah:~
- § Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan§ Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur§ Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga§ Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)§ Amat sensitif , pendiam dan suka mengasingkan diri§ Perasaan pesimistik Hilang semangat, putus asa/putus harapan§ Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan§ Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.§ "Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.§ Rasa tidak tenteram dan mudah marah§ Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan§ Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)
ok.. so, itulah tanda2 bagi orang yang mengalami kemurungan.. haha :) pelik jugakkan? orang macam aku pun sebenarnya ada kemurungan ke? hahaha.. chillax.. aku takdelah mengalami kemurungan dengan serius.. well, aku rasa tak rosak teruk lagi otak ni XD stress je kowt.. hm ._. ntah laa.. btw, bagi yang sedang baca ni, jangan panik! hehe, ada tips utk anda mengatasinya :D
§
Dapatkan bantuan segera apabila sedar
berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua
simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk
dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau
orang-orang yang berkebolehan membantu
§
Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri
sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri
kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya.
Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik,
selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.
Yakinkan diri kita.
§
Elakkan bersendirian. Berhubunglah
dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus
bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir
§
Jika terasa ingin menagis, menangislah
untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.
Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan
didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.
§
Kuatkan semangat dengan mengingatkan
diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan
taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita
terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.
§
Membaca buku-buku yang boleh membina
semangat dan motivasi diri
§
Jangan menyalahkan diri dan menghukum
diri kerana kelemahan yang berlaku.
§
Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
§
Tingkatkan kesihatan diri dengan
mengambil makanan yang sihat dan teratur.
fyi, inshaallah aku masih ok lagi! ^_~ and, i think this end the entry for today! semoga korang semua boleh memanfaatkan info yang aku beri ni. Lagi satu, kepada sesiapa yang mempunyai masalah kemurungan ni, lebih baik ada teman untuk meluahkan perasaan agar korang tidak akan rasa lebih depress :)
Comments