{ Life Is An Unexpected Journey }

Dear Allah SWT, please always give me the strength to go through the difficulty YOU put me in.

For the people who always been by my side. THANK YOU

I will always cherish the moment that has been given to me.

Sometimes when you realize there is no one by your side, you know it’s time to learn how to face things alone and never gave up.

They who believe in me, are like the diamonds that are so precious and priceless in my life.

Life are sometimes sucks, but i still have to face those suckers and bitches if i wanna survive in this wicked world.


( D R E A M C A T C H E R )











Shooting Stars.
"Luck is like a gamble"
M I S S Y

Growing up into adulthood by days. 19 to be 20. Maybe becoming a miss chef in the future. No need to follow, just read about my boring so called life.


F O O T S T E P S







Bla Bla Bla. . .



Skin 100% By Yeza리키 . Header from Kaori_Chan and icon from here . Favicon are from xiolu .

In Memories. [[ F I M w/ them. ]]
Tuesday, 20 June 2017 | 23:59 | 0 comments

Assalammualaikum & Hi guys.




Two years and half.....







Berakhirlah sudah dua tahun setengah yang bermula pada bulan april 2015 yang lalu.





Aku dah habis belajar akhirnya. Tunggu nak konvo je sekarang. Can't wait actually but something is bothering me.
Hahahaha, aku baru sedar, untuk last sem ni aku takda kenangan apa2 pun dengan budak2 bilik merangkap kawan2 aku. Hm.

Hahahahaha, tiba2 teringat dari mula sampailah last day aku dekat kj haritu. Banyak dah 6 orang dari kitorang ni lalui... Banyak sangat sebenarnya. Perang dingin, pemulauan, kutuk mengutuk, kata mengata orang, gosip, nangis, gelak ketawa, bersatu sebagai kawan, semua dah.. Hahaha.. alhamdulillah laa tabah lagi rupanya kitorang ni. 

Dengan kesempatan ni, aku nak tulis untuk sorang2 dekat blog aku ni. Even if diorang tak dapat baca sekalipun, aku tetap nak tulis ni ikhlas untuk setiap sorang dari lubuk hati aku. Haha, so sorry if entry kali ni panjang dear readers.

Ok, kita ikut turutan nama deh.. haha, memula start dengan minah..

To Aminah Shahirah binti Bokori,..
          Hahaha, walaupun kau paling tua.. nak kata aku rapat dengan kau tu rasanya tak kan?? biasa2 je kowt, kan? hehe, kau paling rapat dengan hana. Untuk aku, kau ialah kawan yang baik.. hehe, aku suka bercerita dekat kau minah.. haha, aku pun suka dengar cerita2 kau... waktu kita habiskan takdalah banyak sangat, tapi aku rasa setiap kali kita tukar2 cerita tu jela memori aku paling berharga dengan kau minah. Kau tak pernah datang kedah lagi kan? hm, nanti kalau panjang umur ke, datang2 kedah tu bagitau laa aku.. tu pun kalau tak lost contact ok? Rindu kau sebenarnya. Rindu nak reka2 cerita untuk kau terhibur. Hidup baik2 tau. Jangan menggedik sangatlah perempuan! haha.. Sorrylah tak dapat luangkan banyak masa dengan kau. 

To Norhidayah binti Sharom,..
          Pemikiran dan perwatakkan kadang2 macam orang dewasa. Itu yang aku akan rindu pasal kau dayah. Haaaa! dengan roti boom. Kau suka makan roti boom, lepastu banyak tak makan makanan yang kitorg makan.. haha... Aku sentiasa doakan kau sentiasa tabah dayah. Tak kiralah ujian kau macam mana pun. Hm, rasanya sekarang aku dah faham perasaan kau. Perasaan kau yang dulu tersepit. Hahaha, akhirnya terkena batang hidung sendiri.  Urm.. Semoga nanti kau dapat apa yang dambakan sangat dalam hidup dan terlepas dari sebarang masalah yang akan jatuhkan kau. Hidup dengan happy dayah.. Sorrylah aku susahkan kau ke apa2 selama ni.

To Nuraisyah binti Pahdin,..
         Walaupun kita tak rapat, banyak bertekak, tengang urat, kata mengata semua, dan aku tau aku banyak sakitkan hati hang, tapi terima kasih. Hahaha.. Terima kasih sebab sudi layan aku walaupun taknak sebenarnya. Sudi anggap aku kawan walaupun kadang2 layanan aku dekat hang sama je teruk dengan perangai aku. Ouh, terima kasih sebab bagitau A pasal perasaan aku.. walaupun aku taknak sebenarnya dia tau.. tapi hg diam2 habaq. Terima kasih sebab nak aku bahagia dan cuba protect aku dulu dari sesiapa sakiti aku. Hm, sorrylah sebab selalu mengidam masak lemak cili padi hang.. haha.. Semoga hang pun jumpa kebahagiaan hg yang takkan berikan hati kecik hang kekecewaan.. Semoga hang tak payah lalui apa yang kami2 lalui dalam hubungan.

To Nur Amira Fathihah binti Roziham,..
          heii! meya amira idora... hahaha, yang paling comel antara semua.. terima kasih sebab sudi luahkan perasaan kau dekat aku walaupun aku tak banyak membantu kau. Aku harap kau lebih tabah dalam membuat keputusan and believe in your decision. Terima kasih sebab selalu happykan suasana sekeliling kawan2 kita.. haha, semoga kau happy dengan setiap keputusan kau buat. Jangan pernah rasa terpaksa dalam apa2 pun. Jangan asyik nak jaga hati orang sampai hati sendiri terabai tau. Sorry kalau ada bebankan kau dengan apa2 masalah aku ke, perangai aku ke..weyh! jaga perangai.. hehe, kekalkan gila ok :*

Lastly, to Nur Farah Hana binti Mohd. Radzi,..
          Hm.. orang yang paling banyak aku susahkan.. haha, Aku rasa akulah paling banyak susahkan kau hana.. dengan perangai aku. Dengan emosi aku lagi. Hm.. Minta maaf sangat2 hana. Sungguh ni.. Dari awal sem.. sampailah nak food fest dengan time food fest. Mesti penat kan? penat layan kerenah aku yang suka mengarah, tak suka ngaku salah, emosi tak stabil. Hahaha, kesian kan kau? sebab dapat kawan macam aku. Hm, sekurangnya sekarang kuranglah beban kau nak menghadap aku..haha, Terima kasih untuk selama ni tau. Kau sempurna dalam setiap benda yang aku kekurangan dan itu dah bantu aku untuk hidup dengan teratur dekat kj selama 2 tahun ni.


Sebenarnya, heart breaking sangat. Sumpah heart breaking bila kena berpisah jauh ni. Nilah tajuk yang kita lari2 dari bercakap sepanjang last sem kan? Sedih sangat rupanya.. Haritu masa aku nak balik, kan korang tido.. tah laa.. berat hati.. so aku nangis sorg2 sebelum balik sebab aku faham apa perasaan hana masa nak tinggalkan kita. Aku mintak maaf kawan2. Kalau selama 2tahun setengah ni, banyak benda sakitkan hati korang. Buat korang menyampah, terutamanya last sem ni. Hm..

Aku tau korang banyak berjauhan dari aku, tapi terima kasih.. terima kasih sebab masih kisah. Masih peduli pasal aku walaupun benda tu korang tak suka. Terima kasih jugak untuk 2tahun setengah kita.



Gambar terakhir kita kawan2. Terima kasih.. Bagi sesuatu untuk di kenang.. haha.. nanti aku nak cuci.. Sorry susahkan korang selama 2tahun setengah ni. 

"setiap pertemuan pasti ada perpisahan"

So mungkin sampai sini jela jalan cerita kita sama2. Lepas ni masing2 ada hala tuju. Hm, semoga korang semua still bersama di masa akan datang. Hiduplah baik2 kawan2. Hiduplah dengan bahagia T_T


Have A Good Life In The Future... friends...







Newer Post
Older Post