If I Had Wings
Home About Twitter Insta Follow Dash

owner



FootSteps

" Some people would admit themselves as Princess , but me? Hell no! I'M THE QUEEN


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. Re-edited by Filzah

Raya. Loading. Practical. Loading.
Friday, 1 July 2016 • 12:22 • 2 comments




Assalammualaikum and Hi! :)

It's been awhile for me to update this blog, right? Haha, dah berdebu hah blog ni.. Gila kau tak berdebu! dekat berbulan jugaklah baru nak update blog. Yelah, mahasiswi la katakan XD busy la dengan kelasnya lagi, dengan lifenya lagi. (busylah sangat. Busy menghabiskan masa dengan tah apa2 adalah XD)

Pejam celik, pejam celik. . harini dah masuk ramadhan ke-26. Tinggal lagi 4 hari je nak puasa oiii!! T^T kejap je rasa puasa ni hah.. Btw, aku dah habis pun sem 3!!!! 
Yea tu tak yea la sangat. Sebab lepas raya terus masuk praktikal weyh!! Huhu, cepat gila masa berlalu. Perh, tengok2 dah dekat setahun setengah aku study dekat FIM tu hah. 

*btw, ni gambar last yang kami tangkap sebelum masuk praktikal! haha, ada muka2 baru di situ. Yezza, sejak masuk sem 3 ni, aku rasalah keseluruhan budak batch aku semua dah kenal.
Sebenarnya nak tangkap gambar budak rumah 17a5 je, tapi termasuk pulak anak2 yang lain tu XD


Lepas habis praktikal 4 bulan, sambung short sem 2 untuk 2 bulan. Lepas tu cuti 2 bulan. Lepas dari cuti tu, masuk balik, dah sem 5?! Crazy right? Tak terasa masa tu berlalu bila kita sibuk dengan kehidupan dan bila kita enjoy.

Btw, aku batuk teruk dekat rumah ni hah... Sampai tak larat nak batuk dah nakkk oiiii.. tambah dengan selsemanya lagi. Hmph, raya kita tahun ni sakitlah. Huhu.. macam manalah nak pergi praktikal kalau sakit2? T^T 
Dah la sekarang ni, antibodi aku rasanya semakin lemah. Haha, yelah. Masuk sem 3 ni, banyak pulak penyakit yang dapat. Minggu first masuk kitchen kena viral infection dekat perut. Minggu kedua sampai minggu keempat tu pulak kena demam panas. Minggu seterusnya kena campak pulak! Minggu last je alhamdulillah sihatlah T^T Sentiasa diserang sakit ni yang buat aku risau. Haih. Bukannya tak jaga diri. Tapi dah nak sakit, mana kita tahu kan? 

Haaa, minggu last final paper tu aku kena selsema. Malam tu pulak kena demam. Amik kauuuu~ Lepas jawab paper agama last, kena selsema dengan demam terus. Apakkkk lahhhh~ Itu yang kena minggu lepas, tak sihat lagi ni hah. Makanlah ubat berbiji2 pun. Aku tengok selsema ni sama je. Huhu, stress la. Dah la selsema ni amik masa dua bulan baru betul2 lega. Macam mana tu weyh!! T^T Makan ubat, pantang minum ais la, makan buah semua buat. Sama je. Hmph, redho jela yang boleh pun.

Hm, banyak pulak aku bebel eh dekat entri kali ni. Hahahahaha, mungkin rindu nak blogging macam dulu. Dulu rajin je nak BW (blogwalking), buat freebies, buat tutorial on blogging semualah. Tapi sekarang? hmph. . . . tu jela boleh XD susah jadi student ni. Memanglah lagi bebas dari budak sekolah, tapi at least budak sekolah ada fixed time dia. Kadang2, student college ni tak tido malam sebab nak siapkan assignment. Kau tak siap assignment, assignment tak cantik ke or tak macam lecturer nak, maka carry mark kau pun boleh ke laut bersama dengan kau. 

Satu peringatan ikhlas dari aku untuk budak2 bawah aku yang bakal or tengah melalui proses yang aku sedang lalui sekarang. Semoga korang tabah dan pilihlah course yang betul2 korang suka supaya korang tak menyesal pada kemudian hari. Sesungguhnya, pemilihan dalam course tu penting adik2 sekalian. Itulah yang akan dijadikan kerjaya korang nanti. Itu jugaklah yang akan beri korang kehidupan yang sebagaimana di masa depan korang.

So sekianlah untuk sekarang dulu ye ^.^


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hi sis,i'm the one follow your story.. can i ask u abaout fim? How can i contact u ? By email or whatssapp maybe? -newbie girl-

17 July 2016 at 20:43  
Blogger Si Belahan Jiwa said...

Hi btw. sorry for the late reply. ^^' busy sikit sekarang sebab tengah praktikal kan, anyway... yes, u can contact me by my email or my ws. Jangan risau, inshaAllah saya akan balas dengan segera :)

21 July 2016 at 11:18  

Post a Comment


|